10 March 2016

Perompak Kena Bedil Di Punggung

Kuala Lumpur: Lelaki berusia 24 tahun ditahan manakala lima rakannya sempat melarikan diri ketika cuba merompak kedai pengurup wang di PV 128, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 11.30 pagi itu, tiga suspek memasuki premis berkenaan dengan memakai topi keledar dan bersenjatakan parang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, suspek menaiki motosikal dan tiga daripada mereka menunggu di luar kedai.
"Suspek mengarahkan penjaga premis untuk membuka pintu, namun tiga pekerja itu enggan sebelum kejadian disedari pengawal keselamatan yang berada di tandas.
"Pengawal keselamatan keluar melalui pintu belakang dan meminta suspek menyerah diri, namun mereka melarikan diri dan salah seorang daripada mereka cuba menyerang.
"Pengawal keselamatan melepaskan tembakan dan mengenai bahagian punggung sebelum suspek ditahan," katanya.
HM: http://www.hmetro.com.my/node/121838

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress