GERAKAN mahu menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak masih belum reda tidak diam begitu sahaja.
Kumpulan ‘Anti-Najib’ yang dipelopori oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed ini terus merancang dan berusaha agar keperibadian Najib Razak terus dipersenda dan membuatkan rakyat berasa marah.
Terkini, dari beberapa sumber di Seri Kembangan melaporkan kepada pihak Tv14, semalam ada satu perjumpaan rahsia dengan beberapa pemikir dan sahabat Dr Mahathir.
Menurut sumber berkenaan, perjumpaan rahsia itu dilakukan di rumah bekas Perdana Menteri itu di Seri Kembangan, Selangor pada waktu malam.
Difahamkan, samar-samar kelihatan yang hadir ke perjumpaan rahsia yang dipercayai bermotifkan mahu menggulingkan Perdana Menteri itu adalah Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan beberapa individu lain yang juga turut kelihatan.
Lim Kit Siang juga dipercayai turut bertemu dengan Dr Mahathir bersama-sama segelintir pemimpin dari parti DAP.
Ini juga sebagai bukti bahawa gerakan ‘Anti-Najib’ ini bukan kerana rakyat, tetapi ia telah bersifat kepentingan peribadi dan memasuki episod lebih ‘kejam’ selepas ini.
Ternyata, Dr Mahathir teramat terdesak dan bercita-cita amat tinggi untuk melihat Najib Razak jatuh dari jawatannya itu.
Berita lanjut akan menyusul. - TV14
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.