Kuantan: Kesunyian antara
faktor wanita di negara ini mudah terpengaruh dengan penipuan cinta siber
sehingga kerugian wang ringgit yang banyak, kata Timbalan Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Hamza Taib.
Menurutnya,
kebanyakan mereka golongan bekerjaya dan fasih berbahasa Inggeris yang
memudahkan penjenayah terutama dari negara luar mengambil kesempatan.
"Penjenayah
cinta siber ini sudah mempunyai skrip untuk mendekati wanita selain mereka
(penjenayah) meletakkan gambar yang tampan seperti Shah Rukh Khan, namun
realitinya adalah Negro (warganegara Afrika)," katanya selepas merasmikan
Balai Polis Cherating yang baru dekat sini hari ini, yang turut dihadiri
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali.
Hamza
mengulas laporan media semalam bahawa kes jenayah cinta siber membabitkan
wanita sebagai mangsa di negara ini semakin membimbangkan berikutan meningkat
setiap tahun.
Pegawai
penyiasat Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia JSJK Bukit Aman, Asisten Superintendan
Mohd Syafiq Jinuin Abdullah dipetik berkata, 1,646 kes jenayah siber dilaporkan
membabitkan kerugian lebih RM56 juta pada tahun lalu.
Mengulas
lanjut, Hamza berkata, ada juga wanita yang sudah berumah tangga menjadi mangsa
dalam kes jenayah penipuan cinta siber berkenaan.
Menurutnya,
selain kempen kesedaran, polis juga dilatih cara menangani pelbagai jenis
jenayah siber.
"Sekarang
fokus kita lebih kepada (menangani) jenayah siber kerana ia meningkat. Bukan
love scam ini sahaja, jenayah ‘along' pun banyak,” katanya.
HM:
http://www.hmetro.com.my/node/121594
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.