KUALA TERENGGANU – Walaupun usul undi tidak percaya terhadap menteri besar ditolak, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan beliau tidak akan keluar daripada Umno.
Bekas menteri besar itu pernah mengejutkan negara tahun lalu dengan ancaman untuk meninggalkan parti bersama dua wakil rakyat Umno yang lain.
Ancamannya itu boleh menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa di negeri ini.
Pada Selasa Ahmad berkata, jika beliau inginkannya, perkara itu boleh dilakukan beberapa tahun lalu.
“Jika saya ni tidak baik, saya akan lakukan awal-awal dulu.
“Mudah untuk saya tinggalkan parti serta ia akan menyaksikan perubahan parti pemerintah.
“Namun apa yang kami mahu ialah perubahan menteri besar. Ia bukan mengenai untuk memilih PAS atau mana-mana parti pembangkang lain untuk memerintah negeri ini,” katanya.
Katanya pada ketika ini BN memiliki 17 kerusi manakala 15 kerusi lagi adalah milik pembangkang.
“BN masih boleh terus memerintah walaupun terdapat perubahan menteri besar,” kata Ahmad pada sidang media selepas persidangan penggal keempat Dewan Undangan Negeri ke-13 pada Selasa.
Terdahulu Ahmad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semasa persidangan DUN Terengganu.
TV14: http://www.tv14.my/2016/03/09/ahmad-tidak-akan-ikut-jejak-dr-mahathir-keluar-umno/
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.