PAKAN: Pelobi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) SPDP di kerusi DUN Pakan, Tedong Gunda menyelar tindakan sesetengah pelobi sengaja memainkan isu agama semasa mengunjungi rakyat di kawasan itu.
Katanya, rakyat Pakan harus menolak politik seperti itu kerana ia lebih kepada agenda sendiri dan kepentingan politik mereka.
Tedong berkata, rakyat Sarawak bebas beragama dan perkara itu pernah ditegaskan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
“Mereka sangat jijik dan berfikiran sempit. Mereka sanggup memancing undi dengan meracuni pemikiran rakyat Pakan sambil memainkan isu agama.
“Menghasut rakyat supaya membenci dan menolak agama lain tidak harus dibiarkan kerana ia boleh menghakis semangat perpaduan rakyat yang sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di salah sebuah rumah panjang di Pakan kelmarin.
Pada majlis sama, Tedong turut menjelaskan tindakannya menentang calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri lalu.
Menurut beliau, tindakannya bertanding atas kapasiti pembangkang ketika itu lebih kepada usaha menukar wakil rakyat yang sedia ada.
Rakyat Pakan katanya, mendakwa wakil rakyat mereka gagal memainkan peranan termasuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan..
“Jadi bila tiba waktunya musim pilihan raya pada tahun 2011, saya dengan sokongan padu yang dizahirkan oleh rakyat Pakan telah bertanding menentang penyandang kerusi DUN Pakan.”
“Hasilnya, saya berjaya mendapat 2,741 undi sekali gus mengurangkan majoriti undi yang diperolehi oleh penyandang kerusi DUN Pakan, Tan Sri William Mawan,” katanya.
Justeru, katanya, sokongan serta kepercayaan rakyat Pakan terhadap beliau ketika itu sangat kuat sungguhpun beliau beragama Islam.
“Jadi saya hendak tanya mereka, kenapa harus dipersoalkan agama yang saya anuti dengan perjuangan saya dalam membela nasib rakyat Pakan?” ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, Tedong menjelaskan lebih 210 buah rumah panjang di sekitar kawasan DUN Pakan telah dikunjunginya.
Pada pilihan raya 2011, Tedong @ Jamal Abdullah yang bertanding atas tiket Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tewas kepada calon BN, Mawan yang memperolehi 3,938 undi.
--Utusan Borneo
12 March 2016
Jangan Pancing Undi Dengan Isu Agama
Posted by Unknown on 1:40:00 PM in | Comments : 0
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.