10 March 2016

Kembar Satu Ibu, Lain Bapa


Hanoi: Vietnam mengesan satu kes ganjil membabitkan pasangan kembar yang mempunyai bapa berbeza selepas ujian DNA dilalukan berikutan rupa mereka yang berbeza.


Kembar milik pasangan suami isteri itu menjalani ujian DNA baru-baru ini atas permintaan si suami berikutan perbezaan rupa bayi terbabit. 

Menurut laporan media Vietnam, lelaki berkenaan didesak keluarganya supaya membuat ujian DNA itu berikutan perbezaan rupa bayi terbabit dan ujian mendapati dia adalah bapa hanya kepada seorang kembar berkenaan. 

Kembar itu yang kini berusia dua tahun, mempunyai jantina yang sama, dilahirkan pada hari yang sama dalam selang masa beberapa jam namun kelihatan amat berbeza sepenuhnya. Seorang bayi berambut tebal dan kerinting manakala seorang lagi berambut nipis dan lurus. 

Presiden Persatuan Genetic Vietnam, Le Dinh Luong, berkata ujian itu dilakukan di makmal Pusat Analisis dan Teknologi Genetik dan kes berkenaan amat ganjil bukan hanya di dunia, malah di seluruh dunia. “Perbezaan itu menunjukkan kembar berkenaan mempunyai ibu yang sama tetapi bapa berbeza. 

“Ia boleh berlaku jika telur si ibu disenyawakan dengan sperma dua lelaki berbeza hasil dua hubungan seks berasingan dalam tempoh subur wanita itu,” katanya. – AFP/HMetro

Sayang Sabah: https://www.sayangsabah.com/kembar-satu-ibu-lain-bapa/

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress