12 March 2016

Tinjauan Mesra PM Ke Sarawak

KUCHING: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang disambut Ketua Menteri, Dato Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohammad Morshidi Abdul Ghani serta pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan negeri telah dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 8 malam sebentar tadi bagi lawatan kerja tiga hari di sini.

Najib telah mengadakan tinjauan mesra di Kubah Ria Matang bagi memulakan atur cara esok dengan melancarkan Program Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) di Tebingan Kuching pada jam 9 pagi.

Beliau telah membuat tinjauan mesra serta meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung sebelum beliau turut sama makan malam serta menikmati menu Laksa Sarawak yang dihidangkan bersama udang galah.

Terdahulu, Najib dijadual merasmikan Ekspo Rumah PR1MA di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, Petra Jaya, disusuli tinjauan mesra di Taman Malihah.
Perdana Menteri turut menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Haji Baki pada jam 8 malam esok.

Turut hadir, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof dan Menteri Perumahan Dan Pelancongan, Dato Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress