12 March 2016

Sarawak Perlu Lebih Banyak Rumah Mampu Milik, Kata Adenan


KUCHING, 12 Mac (Bernama) -- Sarawak memerlukan lebih banyak rumah mampu milik yang murah dan selesa untuk didiami, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.


Katanya, ini kerana dengan pertambahan bilangan penduduk di negeri ini, permintaan untuk rumah kediaman juga turut bertambah.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan pusat menerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Perbadanan Pembangunan Perubahan (HDC) Sarawak membina lebih banyak rumah mampu milik bagi menampung permintaan tinggi di Sarawak.

Menurut Adenan harga rumah di Sarawak seharusnya lebih murah berbanding di negeri-negeri lain kerana Sarawak masih mempunyai tanah yang luas dan murah.

Dengan program pembinaan rumah mampu milik, ia dapat mengurangkan komuniti setinggan, katanya ketika berucap pada majlis perasmian ekspo rumah PR1MA@Sarawak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Sementara itu, Adenan mengulangi ucapan penghargaan beliau kepada Najib kerana menjadi Perdana Menteri yang paling kerap melawat negeri Sarawak, iaitu 46 kali dalam tempoh enam tahun.

"Walaupun ekonomi negara merosot sedikit berikutan kejatuhan harga minyak tetapi peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat untuk projek pembangunan di Sarawak bernilai berbilon-bilon ringgit," katanya.

Katanya ini membuktikan perdana menteri mengambil berat tentang Sarawak dan rakyat negeri ini.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress